Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Siapa diri aku

 nama aku Noratika Maulat Mohd Nan. "Hai selamat berkenalan". Haa, apa? Kenapa nama aku ada maulat, apa maksud maulat tu? Dekat sekolah dulu pun ramai yang bertanya pada aku apa maksud maulat tu, so ini maksud ya, maksud ya anak angkat kepada orang yg menjaga aku. Jadi nama penuh aku, Noratika Maulat Mohd Nan. So, Noratika anak angkat kepada Mohd Nan. Aku diambil oleh ayah angkat aku pada tahun 1993, pada tahun itu, kepada semua ibu bapa yang mengambil anak angkat perlu meletak kan nama maulat tu ditengah tengah nama, tapi sekarang nie aku dengar, kepada ibu bapa yang mengambil anak angkat tak boleh lagi menggunakan nama maulat atau meletakkan nama bapa angkat di belakang nama. Hanya perlu nama anak sahaja. Yup, aku anak angkat. Aku bersyukur sangat kepada keluarga angkat aku kerana mengambil aku sebagai anak angkat mereka. Satu malam, aku bersedih aku jadi terfikir kenapa keluarga kandung aku buang aku sejak aku baby lagi. Banyak persoalan yang bermain di benak aku masa itu,...